Tips Memilih Kasut Bola Padang

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH KASUT BOLA SEPAK MENGIKUT KESESUAIAN ANDA??

Satu perkara yang menjadi kewajipan pemain bola sepak ialah memiliki kasut bola.  Ya kasut bola. Biasanya, perkara utama yang menjadi kebiasaan ialah mencari jenama kegemaran dan keadaan kasut tersebut samada cantik atau tidak. Malah, anda juga suka jika warna kasut tersebut menjadi perhatian ramai. Tetapi, tahukah anda bahawa kasut bola mempunyai keistimewaannya tersendiri, tahukah anda bahawa keadaan padang bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis kasut bola yang sesuai. Banyak persoalan yang perlu anda ketahui dalam menentukan kasut bola manakah yang sesuai untuk diri anda sendiri semasa bermain bola sepak. Di bawah merupakan cara-cara untuk memilih kasut bola yang sesuai untuk anda.    

Anda memerlukan tiga syarat penting dalam memilih dan seterusnya memiliki kasut bola.

  1. 1.       Permukaan padang
  2. 2.       Posisi dan kemahiran individu
  3. 3.       Kemampuan

Permukaan padang
Pertama sekali ialah dengan menentukan jenis permukaan padang yang akan anda main. Bahagian tapak kaki akan memainkan peranan yang penting kerana ia akan memberikan kesan  langsung kepada pergerakan permainan anda. Jadi, kasut bola yang baik akan memberikan anda kestabilan dan cengkaman. Permukaan padang terbagi kepada beberapa bentuk iaitu:

1.       Permukaan padang lembut
2.       Permukaan padang separa
3.       Permukaan padang keras

Jadi, kasut bola yang sesuai untuk setiap permukaan padang ialah:  

Permukaan padang lembut     
Bahagian tapak kasut (stat) yang keras (besi) dikunci bersama skru atau bilah panjang. 
Biasanya,jumlah stat ialah 6 atau 9. 




















Permukaan padang separa
Separa merujuk kepada keadaan permukaan padang yang tidak terlalu keras dan tidak 
terlalu lembut. Ianya memberikan lebih cengkaman dan sesuai digunakan semasa permainan 
berlangsung. Jadi kasut yang sesuai digunakan ialah kasut dengan stat 10-16.














Permukaan padang keras   
Tapak kasut (stat) yang sesuai digunakan ialah pendek dan banyak. Biasanya, stat akan 
diletakkan dibahagian tepi tapak atas faktor kestabilan si pemain. 













0 comments: